KUALA LUMPUR: Lelaki yang dipercayai membunuh ibu dan bapanya dalam pergaduhan di rumah mereka di Kampung Sungai Penchala, di sini, malam tadi, direman selama tujuh hari bermula hari ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata lelaki berusia 42 tahun itu yang ditahan kira-kira 10.30 malam tadi di Terowong Penchala Lebuhraya Sprint menghala ke bandar raya ini telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dan hasil saringan air kencing mendapati dia positif tiga jenis dadah.
"Suspek ditahan di Lokap IPD Brickfields untuk siasatan lanjut. Permohonan reman terhadapnya dijalankan hari ini dan dibenarkan oleh Majistret Kuala Lumpur (direman) hingga Sabtu depan," katanya pada sidang media di IPD berkenaan hari ini.
Beliau berkata suami isteri berkenaan ditemukan terbaring berlumuran darah di lantai rumah dipercayai akibat ditikam berkali-kali.
"Polis menemukan mata pisau, hulu pisau, batang kayu, serpihan kayu, satu helmet, meja kayu bulat dan sepasang kasut berwarna hitam dipercayai milik suspek di lokasi kejadian.
"Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa (si mati) berumur 72 dan 82 tahun. Si bapa merupakan pesara Majlis Bandaraya Petaling Jaya manakala ibu ialah suri rumah," katanya yang enggan mendedahkan nama mangsa bagi menjaga sensitiviti keluarga terbabit.
Allaudeen berkata semakan turut mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah berkaitan dadah sejak Januari 2016 hingga November 2023 dan terkini, ditahan pada 30 Nov di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta telah dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pada 1 Dis dan diberikan jaminan sebanyak RM2,000.
"Kedua-dua mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat yang akan dilakukan pada hari ini," katanya menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, jeritan wanita meminta tolong membawa kepada penemuan mayat pasangan suami isteri di rumah berkenaan.
Seorang jiran lelaki yang enggan dikenali berkata jeritan berkenaan didengari kira-kira 7 malam.
"... saya dengar kira-kira dalam waktu maghrib, selepas itu senyap dan tiada lagi," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Jiran berkenaan berkata dia tidak menyangka anak lelaki mangsa sanggup melakukan perkara sedemikian kerana beberapa hari sebelum ini dia dilihat sering membantu mengemas dan menyapu halaman rumah.
"Malah pada waktu pagi saya ada nampak dia bantu bapanya cuci halaman rumah dan pernah juga saya nampak dia makan di kedai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 10 2023
Hasil saringan air kencing ke atas suspek mendapati dia positif tiga jenis dadah.- Gambar hiasan
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.
Pesawat Garuda Indonesia lakukan pendaratan cemas selepas enjin terbakar
Pesawat yang membawa 450 penumpang dan 18 anak kapal termasuk jemaah haji baru saja berlepas dari Makassar menuju Arab Saudi.
Pengguna iOS 17.5 dapati foto lama dipadam muncul kembali
Mereka terkejut melihat gambar yang telah bertahun dipadam, tiba-tiba muncul sebagai gambar yang baru dimuat naik ke iCloud.
#AWANIByte: Huawei perkenal inovasi terbaharunya WATCH FIT 3 dan MateBook X Pro
Huawei dengan bangga memperkenalkan dua produk revolusioner iaitu HUAWEI WATCH FIT 3 dan HUAWEI MateBook X Pro 2024, menandakan lembaran baharu dalam gabungan fesyen dan teknologi dalam pasaran boleh pakai.
Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan miliki syabu
Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan bersama 5,203 gram dadah jenis syabu di Serembah, Ahad lepas.
Konsortium umum tawaran bersyarat bagi MAHB
Gateway Development Alliance dan para pemegang sahamnya (secara bersama dikenali sebagai Konsortium) mengumumkan tawaran sukarela prasyarat bagi mengambil alih semua saham dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang belum dimiliki Konsortium itu, pada harga tawaran sebanyak RM11.00 bagi setiap saham.
PM Singapura baharu: Menilai dinamik hubungan dua hala
Era kepimpinan di Malaysia dan Singapura sudah berubah. Bagaimana ini mencerminkan hubungan dinamik dua hala yang amat memerlukan satu sama lain? Dr. Ahmad martadha berkongsi pandangan.
Penganggur didakwa bunuh ibu bapa kandung
Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret, pada Jumaat atas dua pertuduhan membunuh ibu bapanya, di rumahnya, Sabtu lalu.
Tidak dapat wang beli dadah punca anak bunuh ibu, bapa
Motif pembunuhan pasangan warga emas yang ditikam anaknya sehingga mati dipercayai berpunca akibat suspek tidak diberi wang untuk membeli dadah.
Maut ditikam anak: Jenazah bekas imam, isteri dikebumi satu liang lahad
Jenazah pasangan suami isteri yang ditemui maut dibunuh anaknya pada Sabtu akan dikebumikan bersama dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Penchala.
Waris tuntut jenazah pasangan warga emas maut dibunuh anak sendiri
Waris keluarga kepada pasangan suami isteri yang ditemui maut ditikam anaknya di Kampung Sungai Penchala pada Sabtu dilihat tiba di PPUM.
Lelaki dipercayai bunuh ibu bapa direman seminggu
Lelaki yang dipercayai membunuh ibu dan bapanya di Kampung Sungai Penchala direman selama tujuh hari bermula hari ini.
Lelaki bunuh ibu bapa ada 9 rekod jenayah dadah
Suspek yang merupakan anak lelaki si mati telah melarikan diri ke dalam hutan berhampiran dengan lokasi kejadian.
Lelaki bunuh ibu bapa di Kampung Sungai Penchala berjaya diberkas polis
Seorang lelaki berusia 40-an dipercayai membunuh ibu bapanya di sebuah rumah di Kampung Sungai Penchala berjaya diberkas polis pada malam Sabtu.
Bekas banduan bunuh ibu bapa sebelum tembak pemandu di lebuh raya sesak
Suspek, Joseph Eaton, 34, seorang bekas banduan baru sahaja dibebaskan pada 14 April lalu dari Pusat Koreksional Maine di Windham.
Butiran kes bunuh terlalu mengerikan, ketua juri tarik diri
Panel juri baru yang lebih ramai akan dilantik dalam kes bunuh mengerikan di Hong Kong susulan ketua jurinya menarik diri kerana terganggu dengan bukti yang dikemukakan.